Thursday, July 29, 2010

fotographer

kami pergi muzium negara hari tuh tgk pameran keranda..lama tak gi muzium sejak sekolah dulu2..

qamarul nak gi muzium tak? eeeerrr pastu gi KFC leh tak?

inilah hantu yg ada dipameran keranda hari tuh.

pintu masuk muzium yang hebat..keretapi tu dulu lalu hutan melintang.

menonong diorg nak gi tgk hantu..tinggal qamarul kat belakang


meriam tu untuk orang yang mati kena meriam..so lepas mati kena bom,dalam kubur orang tu kena main congkak..mcm2 jenis mati da..

2 patung tu adalah penjaga kubur diponogoro diindonesia..so keje patung tu adalah pegang keris sampai sudah..

sama seperti diatas..

pakcik guard tu dulu keje penjaga kubur..sampai lani mai KL pun kena jaga kubur kat pameran tuh..haru betul pakcik tuh
pada suatu hari ketika menghantar stok barang customer diputrajaya,sempatlah tangkap gambar suasana disana..jum kita tgk apa yg ada disana..

kubah tu adalah bangunan utama pemerintah dimalaysia..bukan masjid tau..

yang ni baru masjid..masjid putrajaya nama dia.

yg kiri tu rumah selangor..maksudnya bukan rumah melakalah..yg kanan tu adalah pemandangan dari jambatan diboleuvard putrajaya..

kadang2 tgk pemandangan ni teringat kat hutan melintang..sebijik mcm kat sini.

bangunan kerajaan tu pun mcm kat HM...sungai tu sama jer airnya..mcm kat HM gak

yang ni kementerian kewangan dimana menteri kewangan duduk sini.

ehh..mcmana plak masuk balik cerita keranda ni..mengapa cik menangis dikubur mak saya?

laaa...ultraman ker yang jaga kubur2 disini..yang belakang tu tengah mengawal kubur jepun rasanya..

yang kiri tuh bangunan MECD dulu,yang kanan kementerian kewangan td..



tak habis lagi hantu main congkak...qamarul main sekali ker?


mcm2 bangunan ada disini..berbillion duit nak buat semua ni..

menarik corak bangunan disini..mcm berada di kg pasir berdengung jer..

putrajaya yang sudah jauh berubah...cuma aku jer belum berubah lagi.

bangunan tengah disiapkan..tinggi sungguh bangunan disini..

tasek dia pun hebat2..jambatan dia pun canggih..cuma aku jer yang masih disini..


SICC yang macam ultraman mebius...

more info? see video below


Wednesday, July 28, 2010

@muzium

pameran keranda di muzium negara..suatu explorasi yang menarik.Tontonlah video menarik ni.

maknanya nak mati pun macam2 style yang direka untuk menanam mayat..

dunia2..

Tuesday, July 27, 2010

Qualiti Time

sabtu lepas 24.7.10 kami ke ikano / ikea mutiara dsara utk habiskan masa brsama.Tanpa kehadiran ibu diorg kami telah 'berseronok' dgn jayanya.Mcm2 ada disana dan ultraman semua dilepaskan tanpa kawalan ketat. ingin tahu selanjutnya,klik video dibawah ini.

semoga kita berbahgia selamanya.

Sunday, July 25, 2010

Shooting di KL

Video ini just percubaan pertama bagaimana shooting short film dan juga penggunaan kamera camcorder baru aku...best gak bila dah siap movie ni.

macamana? boleh jadi host rancangan 'seorang pengembara' tak..?

percubaan yang berani dari aku..

Thursday, July 22, 2010

hepi bday qamarul

19.7 hari jadi qamarul yang ker 5...so buat kecil2an shj kerana siapalah kami nak buat besar2 kat hotel ker or tepi tasik ker or fast food..so kita buat kat rumah nenek yang best.

ni saje jer nak penerai camcorder baru..so kita buat shooting kat sekolah diorg...

mcmtulah hidup kami hari2..selagi belum tutup mata kroje krojer krojer

Wednesday, July 21, 2010

kenduri rumah ucu diHM

17.7.10 lalu aku dan qamarul pulang kampong berdua sahaja utk menghadiri kenduri mak sedara di sg keli hutan melintang.


hari ni den menorai kamera baru berjenama panasonic berkualiti HD.best giler camcorder ni pasal qualiti gambar dia amat hebat dan senang dibawa kemana2.Saiz sebesar tapak tangan sahaja.

So gambar bunga ini telah diambil dari kamera baru ini..clear and menarik sekali gambar diakan..tak caya? cuba clik gambar tu dan lihat perbezaannya.. boleh buat wall paper oo gambar ini.

kita terus cerita krumah mak sedara plak..inilah signboard rumah mak sedara tu yang kini dah diletakkan dibawah pokok sahaja..

Gambar ini adalah percubaan kedua dari kamera baru ini.pemandangan dari depan rumah.

Tp ultraman ni tak hirau langsung kamera abah dia ni..janji boleh main games sudah..

hanya oni dan ofa sahaja yang menghargai kamera baru ayah long dia..ofa kelihatan hebat dengan imej HD..


Antara posing2 yang menarik utk dilihat..gambar jelas dan mengiurkan

Qamarul dengan cousinnya sedang posing dihutan sebelah rumah kenduri...bestkan melihat rapatnya diorg semasa kecil ni.

Ni percubaan ketiga menangkap gambar digigi air..clearkan?

Ini adalah masjid diKg sg keli yang lama aku tinggalkan..suasana damai kampong amat indah untuk dikecapi.

Beginilah ramainya org kampong datang meraikan majlis tahlil dan sambutan utk ramadhan nanti..alalan sedang menikmati makanan enak dan berkerim

Semua yang hadir hari itu akan diberikan ampau sbg tanda ingatan..best dapat angpau.

Setelah selesai semuanya maka kami ingin berangkat kerumah maksedara sorang lagi di telu buloh..shahrul sedang berposing didepan kereta den...roger bro.