Monday, March 16, 2009

Saat-saat yang sukar dilepaskan

Kenduri rumah Dahari HM

Sekitar kenduri didepan rumah dahari..Kelihatan IJI and the geng main kompang menyambut kedatangan pengantin.

Inilah rupa pengantin pompuan and lelaki..yang pompuan itu adalah adik sham dahari..keje sebagai polis.

Isteri pakman itam...kama and sham tgh berebut nak jadi pengantin.

PAk chut bersama AV systemnya..Sham tgh bancuh air bersama adik awie..power gak air diorg.

Zamri bersama kacamata yang dipinjamkan dari aku..kelihatan mat jem tgh basuh pinggan mangkuk kat belakang tuh..




__________________________________________
Bersama menteri MECD di Anggerik MALL




_____________________________________

Hari Fardhu Ain Kat sekolah TTDI 1


Gi makan kat Raja Sup di TTDI KL..Best ooo sup kat sini..Tapi air kosong jerlah ekk

Amet tgh bergaya dengan baju bola OMAN ori nya..makna dia belikan dari YAMAN..
Qamarul hensem gak ekk pakai spek..mcm abah dia.

Nilah pemain bola negara YAMAN..Diorng ni adalah pemain simpanan bawah 8 tahun yaman..GAmbar ini sempat dirakamkan sebelum mereka menjalani sesi latihan.

Tuesday, March 10, 2009

Salju diGenting Highland

Pada 9.3.09 kami sekeluarga menuju kepuncak gunung digenting highland.saja lepaskan boring cuti maulid nabi..Lama tak merasa angin segar diatas udara sana..ketika pergi tuh awan penuh diatas sana..sampai tak nampak jalan ..tp really cool jer.mcm kat eropah jer.

Pintu gerbang sebelum masuk keatas sana..mcm cerita kongfu jer gerbang tuh.

masa ni nak balik dah.sempatlah bergambar kat belakang hotel one world tuh..lain kali menginap plak kat sini..best rasanya.

Ni masa kat dalam bangunan tempat main segala macam permainan didunia ni..zarith and ameet cukup seronok main kat sana cuma bujet kurang so main jerlah apa yang mampu jer.Si kamarul dok nangis jer takut.aku gak lah kena dokong kehulu kehilir..lotiih bang.

KAt sini yang outdoornye..spiderman ngeri giler.sampai kamarul terpaksa ditingalkan kat tepi tiang jer..nangis jer keje nyer.

On the way nak gi parking kat bawah sana..free jer parking kat genting ni.cuma main kasino jer kena bayar..tp wa tak mainlah.

Masa ni baru sampai kat genting terus menuju ker masjid solat zohor and asar.sejuk giler air sembahyang kat sini.apapun qamarul tetap menangis jer...

Friday, March 6, 2009

anakku dimenara gading

Anak2 semakin membesar didepan mata.Semakin hari semakin sayang pada mereka.Pelbagai kerenah dan tingkah laku amat mencuit hati,..Doa kami pada mereka semoga kejayaan menanti dipintu hendaknya.Aku sbg bapa akan pastikan mereka mendaki puncak kejayaan dengan amanah dan tanggungjawab.

Ketika ini ameer dan zarith baru pulang dari sekolah kafa.Sekolah ni berada dekat dengan rumah nenek mereka.Diaorg cuma berjalan kaki sahaja kesana.Tersentuh melihat diorg berjalan berdua2an demi sebuah harapan..

Nunjauh disana kelihatan ultraman2 sedang menuju jalan pulang kerumah nenek mereka.Berkatlah pemergian mereka kesana hendaknya.

So hari minggu kami pun bawalah mereka berjalan2 ke universiti malaya.Sebagai mengambil iktibar dimana harus perjalanan mereka selepas bersekolah nanti..Melihat keindahan UM ni pasti membuatkan mereka terasa untuk kesana.Ayah dan ibunya cuma setakat ini sahaja perjalanan yang ada.Ibunya menimba ilmu di sebelah bumi sana dan ayahnya cuma diseberang jalan sahaja.YAng penting mereka harus menjadi insan berguna kelak nanti.

Terang dan nyata kemana harus mereka pergi selepas ini.Biar perjalanan masih terlalu jauh utk kesini tetapi azam harus ada ketika ini demi sebuah cita2 yang harus ditanamkan sekarang.

Biar berpatah tulang dan berkerat rotan,demi anak2 ku ini akan ku pastikan tiada keciciran yang terjadi pada salah sorang mereka.Semuanya adalah terlalu istimewa buat aku.Anugerah allah ini cukup mahal dan terlalu indah utk dikenang.Tiada satu harta yang dapat menandingi anugerah allah ini.
ANda bertiga inilah permata hati mama dan abah yang selalu menyebabkan kami tidak dapat pergi jauh dari mereka.Keakraban mereka cukup menyuntik semangat kami untuk membela generasi akan datang yang berguna pada agama bangsa dan negara.



Walau seratus tahun lagi pun ,anda bertiga tetap menjadi pujaan hati kami..
YUsri's dan yusro the great.